TENGOK A1@SIC
Dalam kelam kabut nak pergi kenduri rumah member papa, sempat gak tengok A1 di Sepang International Circuit. Banyak kereta yang cantik2 dipamer dan sempatlah ambil gambar kereta2 tu. Abang jadi modelnya walaupun muka memang masam…kerana cuaca agak panas.



Add comment November 28, 2008
SELAMAT HARI LAHIR NENEK
31 Ogos, 2008 yang lepas (29 Syaaban, 1429) birthday nenek. Semoga nenek dipanjangkan umur, ditambahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan sentiasa berbahagian di dunia dan akhirat. Amin…
Add comment November 28, 2008
HAPPY BIRTHDAY PAK LONG
17 Syaaban 1429 bersamaan 19 Ogos 2008 birthday Pak Long kat Johor. Selamat hari lahir Pak Long. Semoga taat pada perintah Allah, ibu bapa serta disihatkan tubuh badan, dipanjangkan umur, dan ditambahkan rezeki. Berbahagia di dunia dan akhirat. Amin…
Add comment August 19, 2008
FIRST DAY@NURSERY (18 Ogos 2008)
Nangis dan nangis. Abang nangis aku yang rasa sedih sangat. Nasib baik dia nak dengan Cikgu Ina. Kalau ikutkan hati aku, bila dengar abang nangis, nak jer aku angkat dia tapi aku kena keras hati, buat selamba, walaupun abang nangis, aku kena bersahaja agar dia biasa duduk di nursery. Tolong….bersalahnya rasa….pedih luluh rasa hati ni (itulah yang aku rasa buat masa ni). Anak…cepatlah adapt please…Hubby tempat mengadu…kesian kat abang…bla…bla…
Add comment August 19, 2008
PERHIMPUNAN BULANAN & ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG
Perhimpunan Bulanan SPP diadakan macam biasa setiap bulan tapi yang specialnya hari ni 15 Julai 2008 (Selasa) ialah Perhimpunan Bulanan digabungkan sekali dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan aku merupakan salah seorang yang akan menerima anugerah ini. Terima anugerah bermaksud tanggungjawab kita lebih berat. Kepercayaan yang diberikan oleh bahagian dan organisasi perlu dijaga agar bahagian dan organisasi terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Jujur sememangnya perlu ada dalam diri dan yang pertama paling penting, jangan suka kencing orang, jangan ganggu hidup orang dan seangkatan dengannya. Dan yang kedua paling penting, aku belajar sesuatu tentang KERJA daripada hubby. Terima kasih diucapkan kerana sentiasa dan tak penat2 mendengar keluhan aku sebelum aku belajar tentang KERJA itu. Sokongan hubby amat dihargai. Tak lupa juga pada boss yang menilai aku…Terima kasih…
Add comment July 24, 2008
IMUNISASI CHICKEN POX
Rasanya dah agak lama aku tak tulis post kat blog ni, agak busy. Hari ni bos mesyuarat dan semua keje dah settled. Boleh relax. Hari Sabtu yang lepas (12 Julai 2008 bersamaan 9 Rejab 1429) aku bawa abang pergi cucuk imunisasi chicken pox kat Klinik Anis, Shah Alam. Orang tak ramai coz agak awal aku pergi sana. Sekali cucuk imunisasi chicken pox tu RM150. Tak pe asalkan anak aku ada imunisasi dgn penyakit tu. At least, kalau kena pun tak lah teruk giler coz dah ada protection. Sblm pergi klinik, aku ajak hubby singgah PKNS Shah Alam untuk beli tudung bawal warna pink. Ya Allah, mahal ya amat, RM49.90. Kalau kat opis aku, jualan time gaji harga tudung tu RM28 jer. tambah sikit lagi boleh dapat 2 tudung. Cancel lah. Beli kat opis jer lah nanti. Kat opis murah skit coz diambil direct dari Kelantan. Tak guna orang tengah. Jadi, tak lah markup melampau sangat. Masa suntikan tu abang menjerit sikit jer tapi tak nangis. Lepas amik ubat demam terus balik Jenjarom. Tak balik Putrajaya coz ayah tak de, p Jakarta.
Add comment July 14, 2008
MULA BERJALAN
17 April 2008 (KHAMIS) bersamaan 10 Rabiulakhir 1429 abang dah pandai berjalan. Tapi takut2 lagi. Ada video gambar abang berjalan aku ambil. Jom tengok…
Add comment May 8, 2008
PERLAWANAN BADMINTON ANTARA RUMAH SUKAN
Hari Sabtu ni 10 Mei 2008 (SABTU), aku mewakili Rumah Datuk Bahaman untuk main badminton. Kes tak ada orang gak ni. Badminton aku pernah main. Slalu main petang2 dengan bapa mertua aku. Main tu tak de la kat court badminton. Main atas jalan raya jer. Insya’Allah, ok kot. Cuma tak tau rules & regulationsnye jer. He…he…. Tanya kat hubby dia tak sure rules & regulations badminton sekarang. Dulu2 punya dia tau la… Main nanti kat Institut Perguruan Islam, Bangi.
Add comment May 8, 2008
PERLAWANAN PING PONG ANTARA RUMAH SUKAN
SPP akan mengadakan Temasyah Sukan antara rumah sukan di SPP. Aku rumah Datuk Bahaman. Rumah2 yang lain ialah Rumah Mat Salleh dan Rumah Datuk Maharaja Lela. First mesyuarat, aku pergilah saja2 jer bagi support tapi dipilih plak jadi Setiausaha. Cuba menolak tapi majoriti setuju pilih aku. Ping pong? First time main masa Interfaculty kat UiTM Shah Alam. Tu pun bidang terjun, saje jer datang bagi support kat faculty sendiri tiba2 pemain sebenar tak datang. Game double player plak tu. Aku dipujuk agar main. Masa tu datang dengan seluar jeans dan kasut loafers jer. Tak nak main coz memang tak penah main. Last2 kena gak main. Partner plak pemain yg sgt terror (penah mewakili negeri Kelantan). Awal2 lagi aku cakap aku tak pandai main. Dia angguk jer. Pastu start la main. Tak dapat sambut bola lah, bola tak melantun la. Dah memang aku tak reti nak main. Tak paham2 ker, jangan lah nak buat muka taik plak. Aku tengok muka partner aku tu benggang jer. Rasa bersalah gak tapi lantak lah, dah aku kata aku tak penah main dan tak reti main. Kenangan tu.
Add comment May 8, 2008
REIKI BABA CLINIC@TELUK PANGLIMA GARANG, 1:00AM
1hb Mei, 2008 – Bergegas pergi klinik coz abang tak boleh nak tidur. Hidung tersumbat – selsema. Banyak lendir. Pergi klinik, doktor check dan abang kena sedut oksigen. Menangis macam nak rak. Tak sempat nak abiskan ubat. Abang tak boleh makan benda berminyak, rumah tak boleh berhabuk. No carpet. Sblm ni pun doktor kat Putrajaya ada cakap yang abang ada sedikit asma. Harap2 abang cepat sembuh.
Add comment May 5, 2008















