PERGI ALAMANDA
November 30, 2007
Jumaat….waktu rehat panjang yang sentiasa dinanti-nantikan…(12:15 pm – 2:45 pm). Nak balik lah…nak masak terung goreng cili…teringin nak makan…Semasa dalam perjalanan nak ke tempat letak kreta…aku nampak as (p.a kat opis, seangkatan dgn aku)sajer je panggil…dia toleh dan sempat lah jalan bersama…as tanya nak pegi mana, aku jawab nak balik umah, as cakap dia nak p alamanda, aku jawab menarik tu…as b/tau dia p sorang, aku pun kata boleh lah p sekali…tak ada ape nak beli pun saje nak jalan2…as plak saje je p alamanda coz nak tengok2 walker utk anak dia (kira kawan abang gak la coz abang lahir 2/5/2007, wawa plak (anak aunty as) 23/5/2007 dan lagi sorang kawan abang, aira (anak aunty fida) lahir 20/5/2007. Macam biasalah…bila dah p tempat baby…daripada tak nak beli, semangat nak beli terus berkobar2 (mcm lagu uncle vince tu)…aku tak balik dengan tangan kosong, sempat belikan abang mainan (confirm abang akan masukkan dalam mulut, boleh bet) siap ada bunyi, boleh pusing2 dan mcm2 lagi lah fisher price punye…murah jer…ada gak yg mahal, jenama dan mainan yang sama (ada dua tag harga - aku adalah pengguna yang bijak, mestilah pilih yang murah
. Sempat gak belikan kak long & kak ngah flash card & apa tah nama mainan tu, mula2 kena susun blok kayu kecil dan kena keluarkan blok kayu kecil tu mengikut balingan dadu. Jangan sampai susunan kayu tu runtuh…Boss aku ada la ni tapi ada perbincangan dgn orang ppp so sempatlah aku tulis post ni…:) coz semua kerja yang diarahkan telah siap dijalankan dengan jayanya dan masa yang ada jangan dibuang begitu saje…(manusia sentiasa dalam kerugian….chewwwah….)
Entry Filed under: MEMORY. .
3 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed










1.
azfaliza | December 4, 2007 at 3:52 am
lenkali kalo ada masa, kita jenjalan kedai baby lagi kak dilla eh…
2.
fadillah | December 5, 2007 at 3:07 am
wokey…
3.
ct5779 | December 6, 2007 at 8:49 am
pasto shoping secara berjemaah ek..