Archive for May 8th, 2008
MULA BERJALAN
17 April 2008 (KHAMIS) bersamaan 10 Rabiulakhir 1429 abang dah pandai berjalan. Tapi takut2 lagi. Ada video gambar abang berjalan aku ambil. Jom tengok…
Add comment May 8, 2008
PERLAWANAN BADMINTON ANTARA RUMAH SUKAN
Hari Sabtu ni 10 Mei 2008 (SABTU), aku mewakili Rumah Datuk Bahaman untuk main badminton. Kes tak ada orang gak ni. Badminton aku pernah main. Slalu main petang2 dengan bapa mertua aku. Main tu tak de la kat court badminton. Main atas jalan raya jer. Insya’Allah, ok kot. Cuma tak tau rules & regulationsnye jer. He…he…. Tanya kat hubby dia tak sure rules & regulations badminton sekarang. Dulu2 punya dia tau la… Main nanti kat Institut Perguruan Islam, Bangi.
Add comment May 8, 2008
PERLAWANAN PING PONG ANTARA RUMAH SUKAN
SPP akan mengadakan Temasyah Sukan antara rumah sukan di SPP. Aku rumah Datuk Bahaman. Rumah2 yang lain ialah Rumah Mat Salleh dan Rumah Datuk Maharaja Lela. First mesyuarat, aku pergilah saja2 jer bagi support tapi dipilih plak jadi Setiausaha. Cuba menolak tapi majoriti setuju pilih aku. Ping pong? First time main masa Interfaculty kat UiTM Shah Alam. Tu pun bidang terjun, saje jer datang bagi support kat faculty sendiri tiba2 pemain sebenar tak datang. Game double player plak tu. Aku dipujuk agar main. Masa tu datang dengan seluar jeans dan kasut loafers jer. Tak nak main coz memang tak penah main. Last2 kena gak main. Partner plak pemain yg sgt terror (penah mewakili negeri Kelantan). Awal2 lagi aku cakap aku tak pandai main. Dia angguk jer. Pastu start la main. Tak dapat sambut bola lah, bola tak melantun la. Dah memang aku tak reti nak main. Tak paham2 ker, jangan lah nak buat muka taik plak. Aku tengok muka partner aku tu benggang jer. Rasa bersalah gak tapi lantak lah, dah aku kata aku tak penah main dan tak reti main. Kenangan tu.
Add comment May 8, 2008









