PERLAWANAN PING PONG ANTARA RUMAH SUKAN
May 8, 2008
SPP akan mengadakan Temasyah Sukan antara rumah sukan di SPP. Aku rumah Datuk Bahaman. Rumah2 yang lain ialah Rumah Mat Salleh dan Rumah Datuk Maharaja Lela. First mesyuarat, aku pergilah saja2 jer bagi support tapi dipilih plak jadi Setiausaha. Cuba menolak tapi majoriti setuju pilih aku. Ping pong? First time main masa Interfaculty kat UiTM Shah Alam. Tu pun bidang terjun, saje jer datang bagi support kat faculty sendiri tiba2 pemain sebenar tak datang. Game double player plak tu. Aku dipujuk agar main. Masa tu datang dengan seluar jeans dan kasut loafers jer. Tak nak main coz memang tak penah main. Last2 kena gak main. Partner plak pemain yg sgt terror (penah mewakili negeri Kelantan). Awal2 lagi aku cakap aku tak pandai main. Dia angguk jer. Pastu start la main. Tak dapat sambut bola lah, bola tak melantun la. Dah memang aku tak reti nak main. Tak paham2 ker, jangan lah nak buat muka taik plak. Aku tengok muka partner aku tu benggang jer. Rasa bersalah gak tapi lantak lah, dah aku kata aku tak penah main dan tak reti main. Kenangan tu.
26 April 2008 (SABTU)
Untuk rumah sukan ni plak, aku dah ada skill skit dan tau lah rules & regulationsnye. Tak de lah hentam keromo jer. Practice 2 hari sblm pertandingan. Main double gak. Dah tak de orang nak main. Bawa anak dan adik aku skali masa pertandingan tu. Coz hubby aku tak de, p Labuan. Tapi kemenangan di pihak lawan. He..he..he…
Entry Filed under: MEMORY. .











Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed